Diet ibu menyusu

Ibu yang menysukan bayi seharusnya mempunyai pelan diet sendiri bagi memastikan bayi mereka membesar dengan sihat.
Diet ibu menyusu mesti mampu menyediakan nutrisi secukupnya untuk bayi dan diri sendiri. Dalam sehari, ibu memerlukan 500 kalori tambahan yang boleh diambil menerusi makanan bernutrisi tinggi.

Info
Panduan ibu menyusu

Ikut saranan doktor
Ramai doktor mencadangkan supaya ibu meneruskan pelan diet sebelum bersalin yang kaya kalori, protein, vitamin dan mineral.
Sementara itu, makanan kaya kalsium seperti susu, keju dan yogurt digalakkan. Makanan pilihan buah-buahan, sayur organik dan bijirin penuh.
Kajian mendedahkan ibu menyusu juga selalu kekurangan asid folik dan zat besi. Jadi, pengambilan tambahan boleh diambil atas nasihat doktor.
Pastikan diet harian ditambah makanan mengandungi Omega 3 kerana DHA di dalamnya bagus untuk perkembangan otak bayi. Omega 3 boleh dijumpai dalam ikan dan makanan tambahan berasaskan ikan, kekacang dan bijirin.
Perlu diingatkan, jangan terdesak membeli vitamin tambahan atas saranan orang lain. Walaupun keperluan harian Vitamin A anda meningkat daripada 1,000 miligram kepada 1,300 miligram sehari, ia masih boleh ditampung melalui sumber asli terdapat dalam sayur-sayuran mentah, badam, kacang hazel, produk tenusu, sayur-sayuran hijau dan daging.

Kekal terhidrat
Dehidrasi boleh menyebabkan susu berkurangan. Jika anda sedar, susu ibu kelihatan cair malah anda berasa dahaga ketika sedang menyusukan.
Ini kerana sebahagian besar bahagian susu ibu adalah air. Jadi sasarkan untuk meningkatkan pengambilan air dengan tambahan dua liter sehari.
Air juga boleh didapati melaui bentuk buah-buahan, susu, jus buah, sayur-sayuran, sup dan apa saja makanan berasaskan air.

Lebihkan makan
Ketika menyusukan, anda  perlu mengambil makanan bernutrisi bagi dua orang.
Jadi tingkatkan kadar kalori kepada sekitar 2,500 kalori sehari dan boleh diambil melalui lima hidangan – sarapan pagi, makan tengah hari, snek, makan malam dan snek malam.
Gunakan waktu makan snek untuk minum air, makan buah-buahan dan produk tenusu rendah lemak.
Ingat, kuantiti susu dihasilkan bergantung sepenuhnya kepada jumlah makanan dan minuman diambil.

Makanan perlu elak
Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan antaranya kafein, alkohol dan nikotin, kerana ia boleh memberikan kesan iritasi kepada bayi. Lebih buruk, ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.
Semua bahan itu disalurkan terus melalui susu ibu kepada bayi. Sementara itu, rokok boleh mendorong bayi muntah, meningkatkan kadar denyutan jantung, kegelisahan dan cirit-birit. Kesan nyata alkohol, ia merencatkan perkembangan bayi jika diambil berlebihan.

Makanan merengsakan bayi
Elakkan coklat, minuman berkarbonat, rempah cili, bawang putih dan makanan bergas seperti kubis, bunga kubis, tauge, brokoli dan buah-buahan citrus kerana ia boleh menyebabkan iritasi kepada bayi. Bagimanapun, tiada panduan khusus berkaitan fakta ini.
Bayi juga memberikan tindak balas berbeza terhadap sebarang makanan. Jika anda lihat bayi anda mengalami masalah, cuba ingat kembali apa yang telah dimakan dalam tempoh 24 jam.

Sumber:
Berita Harian
Selasa, 26/02/2013
Oleh Siti Nur Almizan Aripin



Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.