Tips bagi ibu menyusu di bulan puasa

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur

Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

 6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:






Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.