Tempoh Penyimpanan Susu Perahan (EBM)

Salam hormat semua!

Kali ini, saya nak share Tempoh Penyimpanan Susu Perahan (EBM). Tempoh penyimpanan EBM sebenarnya bergantung kepada cara dan tempat ianya disimpan.




Susu yang baru diperah hanya boleh ditinggalkan pada suhu bilik (19-26°c) tidak lebih dari 6 jam, atau 6 jam bagi bilik berhawa dingin bersuhu kurang 26°c, bagi bayi sihat sahaja. Bagi bayi pramatang/sakit, susu perahan TIDAK BOLEH ditinggalkan langsung.

Bagi susu yang diletakkan di dalam cooler bag bersama 3 frozen ice packs, (15°c), Ianya boleh disimpan sehingga 24 jam.

Jika susu perahan tidak dibekukan sebaliknya hanya diletakkan dalam peti sejuk bersuhu 2-4°c, susu perahan tersebut hanya boleh disimpan selama kurang dari 8 hari bagi bayi sihat, atau 48 jam bagi bayi pramatang/sakit.

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk satu pintu ialah 2 minggu sahaja.

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam tempat pembeku (freezer) bagi peti sejuk dua pintu pula adalah jauh lebih lama iaitu 3 bulan.

Tempoh penyimpanan susu perahan dalam peti sejuk beku (deep freezer) adalah yang terbaik, iaitu 6 - 12 bulan.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja melalui proses nyahbeku (defrost), tempoh penyimpanan hanya 24 jam bagi bayi sihat, atau 12 jam bagi bayi pramatang/sakit. 

Sebaik dinyahbeku, susu perahan TIDAK BOLEH dibekukan semula.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan si bayi.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu dan si bayi.

Jika anda memerlukan peralatan penyusuan, kami sedia membantu. Jemput ke kedai online kami di ->> www.mothersfirstchoice.com

ATAU 

Kedai fizikal kami di:





Mothers First Choice (MFC) ialah pembekal produk penyusuan susu ibu terunggul di Malaysia.  MFC juga menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling serta bimbingan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah dalam proses penyusuan termasuk dalam aspek pemiilihan jenis pam susu yang sesuai.